INFAK REJAB BERSAMA SMUDA, 

BANTU BANGUNKAN LEGASI PENGAJIAN TERAKHIR ALMARHUM TOK GURU


SEJARAH SMU (A) DARUL ANUAR


SMU (A) Darul Anuar 
(dikenali sebagai SMUDA) adalah salah sebuah pusat pengajian Islam yang terletak di Kompleks Masjid Tuan Guru Nik Abdul Aziz  di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan . Ia merupakan pusat pengajian Islam tinggalan legasi Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.


SMUDA merupakan Sekolah Arab Pertama dibina di Pulau Melaka. Idea pembinaan ini juga adalah daripada ayahanda Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz iaitu Almarhum Tok Ku Hj Nik Mat.


Terdapat seramai 412 pelajar yang sedang menuntut ilmu di SMUDA ketika ini. Dan jumlah pelajar ini dijangka akan bertambah dari tahun ke tahun.


TUJUAN PEMBIAYAAN PENGURUSAN MADRASAH 

Pihak SMUDA kini sedang berusaha untuk menyediakan infrastruktur yang selesa dan selamat buat anak-anak pelajar, para guru dan kakitangan sekolah. Oleh itu, dana yang diinfaqkan ini bakal digunakan sepenuhnya untuk pembiayaan pembangunan, pengurusan dan kebajikan SMUDA.

Bagi alumni ataupun insan yang mengenali SMUDA, pihak sekolah kini mengalu-alukan sumbangan dana pembangunan seikhlas hati untuk menyiapkan baki pembinaan kantin yang baru.



[TABUNG BANTUAN KECEMASAN 2025]  


 TABUNG SMUDA MASIH LAGI BELUM CUKUP UNTUK BAYAR HUTANG KONTRAKTOR. 

AYUH BANTU SEKARANG!


Beginilah tahap kritikal dana kami sehingga pembinaan untuk fasa seterusnya terpaksa dihentikan seketika


Untuk makluman tuan/puan, madrasah ini sedang dalam proses pembangunan di peringkat awal dan kini sedang dalam fasa menyiapkan kantin kerana kantin lama terlalu daif dan tidak selamat untuk digunakan oleh pelajar-pelajar SMUDA.




"Nak siapkan kantin pun terpaksa BERHUTANG..."


Demi mengelakkan pelajar bersesak-sesak ketika menikmati makanan waktu rehat,

SMUDA terpaksa berhutang demi sebuah keselesaan.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak tuan puan yang berterus-terusan membantu pihak SMUDA dari segi kewangan dan pengurusan kebajikan.

Saya mendoakan agar segala sumbangan anda ini bakal diberikan ganjaran dan nikmat Allah SWT yang tidak berbelah bahagi di dunia dan di akhirat. Moga segala ibadah yang kita amalkan diterima Allah SWT. 



SEMOGA AMAL KEBAIKAN YANG MEREKA LAKUKAN ASBAB SEDEKAH KITA HARI INI,

MEMBUKA RUANG DAN PINTU REZEKI YANG LEBIH BAIK PADA HARI ESOK....






KAMI JUGA SEDANG MENCARI PARA DERMAWAN YANG SUDI INFAK SECARA BULANAN

>> KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT


TONTON VIDEO DI BAWAH UNTUK DAFTAR RECURRING BERSAMA SMUDA



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
INFAK KESELURUHAN PEMBINAAN = RM250
INFAK PEMBINAAN KANTIN & PERPUSTAKAAN = RM150
INFAK PERALATAN & BAHAN GUNAAN PEMBINAAN = RM50
INFAK KEBAJIKAN PELAJAR ASNAF = RM50
INFAK PEMBINAAN KANTIN & PERPUSTAKAAN = RM30
TABUNG SEDEKAH SUBUH/JUMAAT = RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Ada Soalan? Tekan Ni